fbpx

Bekas banduan al Maunah selamat bergelar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awie dan Siti Hawa selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Hulu Terengganu, Kuala Berang hari ini.

HULU TERENGGANU – Bekas banduan Al-Maunah yang dibebaskan 17 Ogos tahun lalu setelah mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong selamat melangsungkan perkawinannya hari ini.

Upacara pernikahan Ahmad Sarkawi Sulong, 50, dari Kampung Bukit Tokbat di sini dengan pasangannya, Siti Hawa Harun,34, dari Kampung Sekayu berlangsung di Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu di sini.

Pasangan mempelai itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Ramli@ Mustafa Ahmad dengan dua lafaz pada pukul 11 pagi.

Ahmad Sarkawi yang lebih mesra dipanggil Awie bersyukur kerana hasratnya untuk disatukan dengan isterinya akhirnya menjadi kenyataan walaupun telah ditangguhkan beberapa kali ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia berkata, berdasarkan perancangan awal, mereka sepatutnya melangsungkan akad nikah sepatutnya pada 5 Jun lalu
tetapi telah ditunda tiga kali sehinggalah semalam.

“Tahun ini cukup istimewa bagi saya selepas sekian lama berada di sebalik tirai besi. Saya juga tidak sangka dapat bertemu jodoh secepat ini, apatah lagi dengan kisah silam saya sebelum ini.

“Saya serta isteri diperkenalkan oleh keluarga dan kami mengikat tali pertunangan pada Mac lalu. Apabila ada wanita dapat menerima seadanya, saya benar-benar terharu dan bersyukur. Wanita umpama isteri saya ini ibarat satu dalam sejuta, sukar ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, Awie menjalani hukuman penjara sepanjang hayat mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada 2000.

Begitupun, dia dibebaskan awal selepas mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63 pada 17 Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI