fbpx

Bayar RM1,400 tetapi dapat karpet miniatur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Set karpet kereta tersebut bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan Burley. – Mercury Press & Media Ltd/Mirror UK

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila mendapati set karpet kereta yang dibelinya secara online pada harga £245 (RM1,400) adalah lebih kecil daripada saiz tapak tangannya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Hedge Burley, 40, membeli produk tersebut sebagai hadiah hari lahir suaminya dan merancang untuk meletakkan karpet itu pada kereta Ford Cosworth keluaran 1986 milik mereka.

“Saya melakukan pencarian di internet dan menemui sebuah laman web menjual karpet kereta sama seperti yang saya mahukan.

“Saya terus membeli set karpet tersebut yang dijual pada harga £245 (RM1,400) dan menyangka ia bersaiz sebenar berdasarkan harganya,” kata Burley.

Tambah ibu kepada tiga anak itu, sebaik barangan tersebut tiba, dia terkejut apabila melihat saiz sebenar karpet yang diterimanya.

“Saya membuka bungkusan barangan tersebut dan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.

“Anak lelaki saya berkata bahawa itulah sebabnya mengapa orang tua tidak boleh membeli barang di internet,” katanya.

Susulan kejadian itu, Burley berikrar akan mengambil langkah berjaga-jaga apabila membeli-belah secara online pada masa hadapan.

“Pengalaman ini menguatkan tekad saya untuk tidak membeli-belah secara online.

“Saya juga telah cuba untuk menghubungi penjual tersebut, namun laman web itu sudah tidak aktif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI