fbpx

ATM perketat kawalan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafizuddeain (tengah) ketika mengadakan lawatan di SJR Pasir Pekan, Tumpat bersama pihak polis hari ini. - Foto ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus mengetatkan kawalan sempadan negara bagi mengelakkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkemungkinan menjadi pembawa kepada varian baharu jangkitan Covid-19.

Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, beliau mengakui bahawa kemasukan PATI ke negara ini semakin serius sehingga ATM perlu melaksanakan Ops Benteng dan Ops Penawar bagi mengekang kemasukan mereka.

Katanya, pelaksanaan kedua-dua operasi itu menunjukkan keberkesanan apabila AATM berjaya melakukan rampasan dan tangkapan terhadap penyeludupan PATI melalui sempadan negara.

“Menerusi Op Benteng, ia telah menutup ruang dan peluang PATI daripada membolosi sempadan negara.

“Selain itu, kita juga melaksanakan projek rintis bersama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) sejak sebulan lalu bagi memastikan tiada pencerobohan sempadan negara melibatkan kegiatan penyeludupan PATI.

“Tanpa kawalan ketat di sempadan negara, kemungkinan jangkitan pelbagai varian baharu di seluruh negara akan bertambah serius sehingga berlaku peningkatan kes Covid-19 di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Pekan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI