fbpx

Anggota bomba beri penjelasan isu diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang anggota bomba yang terlibat dengan kes memadamkan api di sebuah rumah yang tular semalam tampil beri kenyataan di laman Facebook.

PETALING JAYA – Salah seorang anggota bomba yang terlibat dengan kes kebakaran yang tular semalam tampil memberi kenyataan di laman Facebook Friend of Bomba Malaysia semalam.

Menerusi video yang dimuat naik berdurasi enam minit enam saat itu memaparkan seorang anggota bomba memberitahu perkara yang patut dilakukan oleh orang awam sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekitar.

“Jika berlakunya kemalangan, orang awam perlu menghubungi nombor kecemasan seperti menelefon balai bomba berdekatan dan menyimpan nombor penyelamat di dalam telefon pintar.

“Seterusnya, sekiranya bantuan telah sampai di tempat kebakaran, seeloknya orang awam memberikan kerjasama seperti membantu pihak bomba daripada melakukan perkara yang bukan-bukan.

“Orang awam tidak sepatutnya menimbulkan emosi dan melakukan sesuatu yang mendatangkan kesan seperti menganggu atau menyerang anggota bomba semasa bertugas,” jelas anggota bomba itu.

Tambahnya lagi, anggota bomba adalah manusia yang membantu orang awam dengan tenaga mereka 100 peratus dengan bantuan jentera serta alatan yang khusus untuk menyelamatkan sesuatu kejadian mahupun orang awam.

“Kami manusia yang menggunakan tenaga jentera dan peralatan bomba serta menggunakan tenaga sendiri 100 peratus. Kami juga manusia biasa sama seperti kamu semua di luar sana.

“Saya sekali lagi ingin menegaskan telefon balai bomba berhampiran untuk sebarang kecemasan. In sha Allah, kami akan bantu dengan semampu kami untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa masyarakat.

“Kami juga ingin memohon maaf jika berlakunya kesilapan dari pihak kami. Kami tidak meminta apa-apa cuma berikan kerjasama kepada pihak bomba untuk menjalankan tugas yang terbaik,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI