fbpx

Tiada risiko miokarditis dan perikarditis dikesan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada risiko miokarditis dan perikarditis yang dikesan bagi penggunaan vaksin Covid-19 jenis mRNA di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah menjalankan penilaian risiko ke atas isu keselamatan risiko itu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada badan-badan regulatori dan rujukan antarabangsa.

Beliau berkata, KKM merumuskan bahawa profil keselamatan vaksin itu kekal positif dan penggunaannya dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak terjejas.

“Manfaat semasa bagi pemberian vaksin ini adalah jauh melebihi risikonya,” katanya menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merujuk kepada  laporan oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura baru-baru ini, berkenaan risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin Covid-19 jenis mRNA.

Miokarditis adalah radang pada otot jantung sementara perikarditis pula merujuk kepada radang pada lapisan luar jantung.

Simptom atau gejala yang dikaitkan dengan miokarditis atau perikarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran untuk bernafas.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, ketika ini, hanya satu jenis vaksin mRNA sahaja, iaitu Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech telah diluluskan pendaftaran bersyarat di negara ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI