fbpx

Rindu peluk anak syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Sharifah Nuratiqah dan suaminya di hospital semasa detik kelahiran bayi mereka dan sehingga hari ini tidak putus asa menantikan kehadiran zuriat. - Kredit Foto: TikTok @Shaqudsi

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita yang pernah tiga kali kehilangan bayi kerana lahir dalam tempoh pra matang di aplikasi TikTok baru-baru ini tular di pelbagai medium laman sosial dan mengundang sebak serta rasa simpati dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan kisah Sharifah Nuratiqah Syed Abdul Rahim, 35, atau Sha yang tidak berpeluang merasai nikmat bergelar seorang ibu kerana berdepan masalah servical incompetence atau lemah pangkal rahim.

“Tiga kali masuk bilik bersalin, tiga kali suami tunggu di luar dengan tabah. Tiga kali balik rumah berdua tanpa bayi dan tiga kali suami uruskan bayi sambil Sha kena tahan dalam wad.

“Tiga kali berpantang tanpa bayi. Tiga kali tidak dapat susukan anak sendiri. Tiga kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. Tiga kali kenal erti rindu yang berpanjangan,” ujarnya dalam kapsyen video tersebut.

Menurutnya, bayi pertama, Nur Jannah meninggal dunia ketika kandungan berusia 19 minggu pada 2016 diikuti bayi kedua, Anas Rizqi, 21 minggu (2018) dan Nur Sumayyah, 22 minggu (2019).

Sharifah Nuratiqah berkata, tempoh berpantang paling mencabar tanpa anak di sini, namun dia bersyukur memiliki suami yang penyabar dan tenang serta sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

“Anda yang ada anak peluklah selalu sebab Sha rindu sangat hendak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita,” ujarnya yang berasal dari Kulai, Johor dan kini menetap di Kelantan.

“Terus kuat anak-anak syurga menunggu di sana. Semoga suatu hari nanti Sha berpeluang memeluk anak sendiri,” ujar seorang netizen bernama Wan Nor Hidayati.

“Saya sudah lima tahun tidak pernah mengandung. Sudah rasa berat. Tetapi ujian awak lagi berat bagi saya. Semoga Allah kurniakan rezeki di dunia dan akhirat,” ucap seorang lagi pengguna TikTok bernama Nurul Jannah.

“Tidak boleh hendak bayang rasanya. Semoga kakak dan suami tabah. Saya berdoa pada masa akan datang kakak dapat anak soleh dan solehah dan dapat bersama anak-anak sehingga ke hujung usia,” ujar seorang lagi netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI