fbpx

Sasar 16,000 suntikan vaksin sebulan di PPV Masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azimi (dua dari kanan) memberi penerangan perjalanan PPV Masjid kepada Ahmad Amzad (kanan) di sini, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan 16,000 penduduk negeri ini akan menerima suntikan vaksin Covid-19 setiap bulan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid mulai bulan depan.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, sekurang-kurangnya sebuah PPV Masjid yang akan dibuka pada setiap hujung minggu di semua lapan daerah di negeri ini.

“Kita sasar seramai 500 orang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Masjid pada setiap hujung minggu.

“Begitupun, buat masa ini, PPV masjid hanya terdapat di bandar raya ini sebelum akan diperluaskan ke daerah lain mulai bulan depan,” katanya.

Terdahulu beliau mengiringi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim meninjau PPV Masjid di Masjid At-Takwa, Kampung Durian Burung di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya merancang untuk membuka PPV Masjid pula di Masjid Kampung Peradong dan Masjid Al-Hidayah, Wakaf Mempelam di sini pada minggu hadapan.

Sementara itu, Ahmad Amzad berkata, PPV Masjid merupakan antara inisiatif kerajaam untuk mempercepatkan imuniti berkelompok dalam kalangan rakyat negara ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI