KLANG – Sanitasi awam akan terus dilaksanakan pihak bomba walaupun ada pihak berpendapat proses itu adalah sia-sia dan tidak boleh menghapuskan virus Covid-19 secara total.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Klang, Hussin Ab Rahman berkata, pihaknya melakukan kerja-kerja sanitasi atas permintaan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sendiri.
“Kami juga mendapat permintaan daripada PKD untuk melaksanakan kerja sanitasi di Pusat Pemberian Vaksin dan Pusat Ujian Calitan di daerah ini,” katanya kepada pemberita pada program Amal Jelajah Khidmat Masyarakat di Pangsapuri Bayu Perdana hari ini. – K! ONLINE