fbpx

Penoreh getah maut selepas 24 jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh tiang elektrik di Jalan Besar Palong 12, di sini, kelmarin. /FOTO IHSAN PDRM

JEMPOL – Seorang penoreh meninggal dunia selepas hampir 24 jam bertarung nyawa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar Palong 12, di sini kelmarin.

Masrol Ramli, 38, dari Palong 13 disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah pada pukul 1.15 petang.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan pada pukul 2.30 petang itu berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa dari arah Palong 4 ke Palong 13 gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

“Motosikal mangsa telah merempuh tiang elektrik dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Dia kemudian disahkan meninggal dunia ketika dirawat di HTAN keesokan harinya (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI