fbpx

Peniaga pasembor Pulau Pinang tutup kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMIL membersihkan kedai pasembornya di Medan Renong, Padang Kota yang terpaksa tutup sementara kerana tiada pelanggan.

GEORGE TOWN – Beberapa peniaga pasembor, iaitu makanan ikonik Pulau Mutiara, terpaksa menutup sementara operasi perniagaan selepas pendapatan mereka merundum sehingga 90 peratus kerana tiada pelanggan.

Tinjauan Kosmo! di Medan Renong, Padang Kota Lama di sini mendapati empat buah gerai makanan popular itu tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) Penuh, 1 Jun lalu.

Suasana di Medan Renong yang sebelum ini menjadi tum­puan pelancong asing dan tempatan itu kini bertukar sepi.

Pengusaha Gani Famous Pasembor, Jamil Kader Gani, 35, berkata, dia terpaksa menghentikan sementara operasi perniagaan kerana tidak mampu menampung kos operasi.

“Saya kini terpaksa menggunakan duit simpanan untuk membayar gaji empat pekerja termasuk sewa rumah mereka serta hutang bank.

“Sebelum ini, hasil jualan mampu mencecah sehingga RM3,000 sehari. Namun semasa PKP 2.0, nak dapat RM50 dalam tempoh lima jam gerai beroperasi pun payah,” katanya.

Jamil memberitahu, dia kini hanya bergantung hasil jualan pasembor yang ditempah menerusi beberapa penghantar makanan persendirian ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Kedah.

“Saya hanya terima kira-kira 500 bungkusan dalam tempoh seminggu,” ujarnya.

Sementara itu, pengusaha gerai Pasembor Bebola Kambing di Astaka Kota Selera, Esplanade Park, Ali Azlan Shah Shahul Hameed memberitahu, perniagaannya terjejas sehingga 50 peratus sejak PKP 3.0.

“Saya kini mempromosikan jualan pasembor menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook di sekitar Barat Daya dan Timur Laut,” tambahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI