fbpx

Penganggur maut, motosikal rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang penganggur maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori selepas membuat pusingan U di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Mohamad Faris Mohd. Rosli, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya tersepit di bahagian bawah lori membawa dua buah tangki air.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Kota Bharu sebelum melakukan pusingan U ketika tiba di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Kampung Jeram, Pasir Puteh dipercayai tidak fokus sewaktu melakukan pusingan U sebelum merempuh belakang lori itu.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh di bawah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun. Siasatan juga mendapati mangsa menunggang motosikal itu tanpa lesen memandu selain tidak memakai topi keledar.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI