fbpx

Masuk pusat akuarium guna tiket bertarikh 1983

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiket masuk khas ‘pintu lewat’ ini dikeluarkan pada tahun 1983. – WBZ TV/United Press International

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang wanita tidak menyangka dia dibenarkan memasuki sebuah pusat akuarium di Massachusetts, Amerika Syarikat meskipun menggunakan tiket yang dikeluarkan pada tahun 1983, lapor United Press International semalam.

Rachel Carle menerima dua tiket masuk ke Akuarium New England daripada moyang saudaranya yang telah menyimpan tiket tersebut di dalam dompetnya selama hampir empat puluh tahun.

Tiket khas yang dikenali sebagai ‘pintu lewat’ itu dikeluarkan oleh pusat akuarium tersebut pada tahun 1983 untuk pengunjung yang datang ke pusat tarikan itu pada waktu yang agak lewat.

Pusat akuarium itu bagaimanapun telah menghentikan pengeluaran tiket khas tersebut kira-kira 25 tahun lepas.

“Saya pergi ke pejabat tiket dan memberitahu cerita mengenai tiket tersebut.

“Apabila pekerja di situ melihat tiket itu, mereka ketawa dan berkata bahawa tiada tarikh tamat tempoh pada tiket tersebut, jadi saya boleh menggunakannya pada bila-bila masa,” ujar Carle.

Tambahnya, dia telah berjanji kepada moyang saudaranya untuk cuba memasuki pusat akuarium tersebut menggunakan tiket berusia 38 tahun itu, namun tidak menyangka mendapat kebenaran daripada pihak akuarium.

“Saya hanya ingin mencuba sama ada mereka menerima atau tidak tiket itu. Saya amat gembira kerana mereka menerimanya!” kata Carle.

Tiket tersebut akan dipertimbangkan untuk digantung di Akuarium New England sebagai kenang-kenangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI