fbpx

Malaysia terbuka dengan penerimaan resolusi di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia mengalu-alukan penerimaan resolusi mengenai situasi di Myanmar yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan akhbar berkata, Malaysia menyokong resolusi tersebut yang menyeru agar pihak-pihak yang terlibat serta komuniti antarabangsa untuk mencari jalan konstruktif ke arah penyelesaian damai untuk menangani krisis di Myanmar.

Katanya, resolusi tersebut telah mendapat undian sokongan sebanyak 119, satu tidak setuju manakala 36 berkecuali.

“Resolusi itu menyeru agar keganasan dapat dihentikan dengan serta-merta dan pembebasan segera pemimpin politik yang telah ditahan.

“Ini bagi mencari jalan penyelesaian ke atas krisis tersebut serta membuka ruang dialog yang bersifat kondusif dan inklusif,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Kementerian turut memaklumkan, lebih penting lagi, resolusi tersebut menuntut pelaksanaan Five-Point Consensus yang dicapai semasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin (ASEAN) pada 24 April lalu.

Katanya lagi, ia juga keperluan mendesak untuk bekerjasama antara semua pihak berkepentingan di Myanmar dengan Utusan Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar dan negara-negara anggota ASEAN. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI