fbpx

Lewandowski tuntut komitmen rakan sepasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI mahu semua rakan sepasukannya mengambil tanggungjawab menjaringkan gol bertemu Sepanyol nanti. - AFP

SEVILLE – Ketua pasukan Poland, Robert Lewandowski menyeru rakan sepasukan agar tidak merendah diri ketika bertemu Sepanyol pada aksi kedua Kumpulan E di Stadium La Cartuja awal pagi esok.

Kata Lewandowski, pasukan itu tidak boleh mengharapkan dirinya sahaja dalam usaha memburu jaringan sebaliknya semua pemain perlu bekerja keras memandangkan Sepanyol memiliki ramai pemain berkualiti.

“Saya sentiasa berusaha untuk menjadi pemain yang lebih baik tidak kira di dalam atau di luar padang. Namun, kualiti yang ada pada saya sahaja tidak mencukupi kerana bola sepak adalah sukan berkumpulan.

“Bagi aksi bertemu Sepa­nyol nanti, sa­ya harap dapat menyum­bangkan sesuatu pada perlawanan itu dan pada masa yang sama saya mahu pemain memberikan fo­kus seratus peratus agar kita dapat meraih keputusan yang positif,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan Poland, Jan Bednarek menyeru agar benteng pasukan berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan oleh jentera serangan La Roja yang dijangka mahu melepas geram selepas kecewa seri 0-0 ketika bertemu Sweden sebelum ini.

“Kita semua tahu kualiti yang ada pada Sepanyol dengan ke­lebihan bakat individu mereka. Namun, saya harap mereka sedar bahawa Poland mempu­nyai benteng pertahanan cukup ampuh.

“Jika Sweden boleh menyekat jentera serangan mereka, kami juga optimis boleh berbuat demikian tetapi apa yang penting, semua pemain harus berikan kerjasama dengan tidak membuka ruang buat pasukan lawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI