fbpx

Kerajaan pertimbang lanjut operasi premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JELI – Kerajaan sedang mempertimbangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini dengan membenarkan operasi sektor ekonomi tertentu dilanjutkan sehingga pukul 10 malam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, permintaan untuk melanjutkan tempoh masa operasi kedai makan merupakan antara permohonan yang paling banyak diterima ketika ini.

“Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai beberapa permohonan rakyat ketika ini. Saya dapati, lanjutan masa premis merupakan antara permohonan paling banyak.

“Selain itu, hal-hal berkaitan moratorium, bekalan makanan dan bantuan seperti subsidi upah dan lain-lain turut dibincangkan.

“Perkara ini akan diuruskan Majlis Keselamatan Negara berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan. Setakat ini, masih belum ada keputusan, namun kerajaan faham keperluan lanjutan masa operasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pejabat Ahli Parlimen Jeli di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI