fbpx

Jumlah ternakan untuk korban dijamin cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 27 buah rumah sembelih JPV di seluruh Semenanjung Malaysia sedia untuk beroperasi.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi jaminan bahawa bekalan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan adalah mencukupi.

Ia setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih dengan permintaan yang dianggarkan sebanyak 39,172 ekor lembu/kerbau dan 21,949 ekor kambing/bebiri.

“Berdasarkan unjuran bekalan daripada perangkaan JPV, terdapat 43,842 ekor lembu dan kerbau serta 33,173 ekor kambing dan bebiri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jumlah tersebut dijangka cukup untuk menampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini yang turut melibatkan bekalan ruminan diimport bagi tujuan khusus ibadah berkenaan.

JPV memaklumkan bahawa, berdasarkan statistik sehingga akhir bulan lalu, stok lembu dan kerbau domestik ialah 33,650 ekor manakala 10,192 ekor dibawa masuk dari luar negara.

“Sementara untuk bekalan kambing dan bebiri pula, ternakan tempatan itu melibatkan jumlah sebanyak 24,316 ekor manakala yang diimport pula ialah 8,857 ekor,” katanya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI