fbpx

Jerman sedia merantai Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Jerman, Ginter (tengah) bersama Hummels dan Joshua Kimmich bersedia merantai pergerakan Ronaldo dalam pertembungan mereka menentang Portugal tengah malam ini. – AFP

MUNICH – Jerman sedia merantai pergerakan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Kumpulan F, Euro 2020 di ­Allianz Arena tengah malam ini.

Skuad kendalian Joachim Low itu berada dalam keadaan terde­sak untuk mengutip tiga mata pertama selepas tewas 0-1 kepada Perancis pada aksi sulung Kumpulan F sebelum ini.

Pertahanan tengah Jerman, Matthias Ginter tekad untuk tidak membiarkan Ronaldo bergerak bebas pada perlawanan itu nanti kerana sedar apa yang mampu dilakukan pemain Juventus berkenaan.

“Secara jujur, saya tidak pernah menyaksikan klip video mengenai permainan terbaik Ronaldo. Bagaimanapun, saya pernah bermain menentangnya sebanyak dua kali ketika ber­sama Borussia Dortmund.

“Dia adalah penyerang terbaik di dunia dan sudah meledak dua gol pada kempen kali ini. Kami perlu berjaga-jaga dengan ancaman yang mampu diberikan Ro­naldo,” katanya.

Sebagai rekod, Ronaldo menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman pada saingan Euro apabila mengumpul 11 jaringan ketika ini, memintas kedudukan legenda Perancis, Michel Platini yang menjaringkan sembilan gol.

“Sekiranya kami hanya fokus terhadap Ronaldo, ia mungkin akan memakan diri sendiri kerana Portugal memiliki ramai pemain hebat seperti Bruno Fernandes, Diogo Jota dan Bernardo Silva,” ujar Ginter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI