fbpx

Fesyen seluar tidur Aaisyah si cilik popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAISHAH DHIA RANA

Dalam ramai-ramai anak selebriti tanah air, Aaisyah Dhia Rana antara yang sering mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya.

Terbaharu, dia sekali lagi menarik perhatian netizen selepas muncul dengan fesyen gaun sendat berwarna merah jambu menggunakan seluar tidur.

Lucunya, ibunya, Rozita Che Wan turut menegur fesyen anak bongsunya yang baru berumur enam tahun itu seperti hendak pergi ke disko.

“Menurun daripada mak dia betullah, suka berfesyen,” komen seorang netizen dalam Instagram.

“Aaisyah matang sebelum usia, fesyen dan solekannya juga mengalahkan orang dewasa. Mesti meletup bila dewasa nanti,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memuji kecomelan Aaisyah dan menyamakan wajah si cilik itu persis Juliana Evans.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI