fbpx

Ebit Lew pohon doakan kesihatan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bapa Ebit Lew sedang menerima rawatan di hospital.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon orang ramai mendoakan bapanya, Ibrahim Lew yang sedang sakit.

Menurut beliau, keadaan kesihatan bapanya yang berusia 84 tahun di hospital semakin ‘berat’.

“Mohon doakan. Sekarang ayah dijaga oleh abang. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh.

“Ya Allah sembuhkanlah ayahku,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Pendakwah terkenal itu ketika ini masih di luar negara untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ebit Lew berkata, beliau pernah menghubungi bapanya semasa bapanya masih sedar.

Kata beliau, bapanya berpesan supaya beliau menyempurnakan kerjanya di Gaza kerana Allah.

“Hidup ini satu perjuangan. Kadangkala tidak sedar sangat. Ya Allah.

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” katanya lagi.

Pada April lalu bapa pendakwah itu dilaporkan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Ebit Lew tidak menjelaskan penyakit dialami bapanya, namun memberitahu kesihatan bapanya merosot beberapa bulan sebelum itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI