fbpx

Bunyi mesin kayu bongkar kilang langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Pemilik sebuah kilang kayu di Juru Estate, Bukit Mertajam di sini bukan sahaja berdegil dengan meneruskan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, bahkan turut menggaji seramai 11 warga asing yang tiada dokumen yang sah.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis melakukan serbuan di kilang kayu itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari, semalam.

Ketika serbuan, pintu kilang berkenaan ditutup bagi mengaburi mata pihak berkuasa, namun bunyi mesin-mesin kayu yang kuat dari dalam mendedahkan kegiatan berkenaan.

Difahamkan, anggota polis juga terpaksa memanjat tembok kilang setinggi kira-kira dua meter bagi mengesan kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mendapati seramai 11 pekerja warga asing sedang leka melakukan kerja memotong kayu biarpun tidak dibenarkan beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, pemilik kilang iaitu lelaki berusia 56 tahun dan seorang pekerja berusia 53 tahun turut didapati berada di dalam ruang pejabat.

“Kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada pemilik kilang kerana menjalankan perniagaan bukan keperluan dan tidak mendapat kelulusan MITI, manakala pekerja berusia 53 tahun dikompaun kerana tidak imbas aplikasi MySejahtera.

“Pekerja terdiri daripada 10 warga Bangladesh dan seorang Nepal ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI