fbpx

Bukan langgar SOP pun – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA tak jadikan PKP sebab untuk tidak boleh melaram.

PETALING JAYA – Meskipun terpaksa ‘berkurung’ di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, perkara tersebut langsung tidak menghalang pelakon seksi Intan Najuwa untuk terus melaram dan kekal bergaya.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memberitahu, sejak PKP dilaksanakan awal bulan ini, dia kerap memuat naik video Reelsdalam Instagram dengan mengenakan beberapa jenis pakaian pelbagai warna untuk tatapan pengikutnya.

“Memang banyak mesej (DM) masuk mengatakan saya ni syok sendiri sebab dekat rumah pun sibuk asyik nak melaram sana-sini.

“Tetapi itu cara saya. Lagi pun bukan saya langgar prosedur operasi standard (SOP) pun. Saya di rumah sahaja dan tak keluar kemana-mana pun,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut pelakon Tak Sempurna Mencintaimu itu, ekoran pelaksaan PKP yang menyebabkan aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan, dia mengambil pendekatan untuk melaram bagi mengelakkan kebosanan duduk di rumah.

“Dengan cara itu (melaram), saya rasa puas dan dapat mengisi masa lapang di rumah. Sekurang-kurangnya rasa bosan tu dapatlah dikurangkan.

“Ramai juga yang DM tanya petua dan rahsia bagaimana saya mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri sepanjang PKP,” ujarnya.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji bentuk badan langsing Intan yang menjadi idaman kebanyakan kaum wanita.

Terdahulu, Intan tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli selepas mengesahkan sudah membawa haluan hidup masing-masing sejak awal tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI