fbpx

7,000 ayam rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ladang ternakan ayam LKPP Gold Kist di Jalan Kuantan-Segamat yang musnah dalam kebakaran, awal pagi ini.

KUANTAN – Kira-kira 7,000 ekor ayam rentung dalam kejadian kebakaran di ladang ternakan ayam Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP) Gold Kist, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini, awal pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kebakaran yang berlaku awal pagi itu memusnahkan 90 peratus ladang ternakan ayam di kawasan seluas kira-kira 0.15 hektar.

“Hasil maklumat daripada pemilik ladang ternakan, dianggarkan kira-kira 7,000 ekor ayam mati dan kira-kira 3,000 ekor ayam berjaya diselamatkan pasukan bomba.

“Pihak bomba masih melakukan siasatan mengenai punca kejadian dan juga jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan,” katanya hari ini.

Menurutnya, seramai 16 anggota dan pegawai bersama dua jentera bomba dari Balai Bomba Chini bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira pukul 6.34 pagi.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran telah memusnahkan hampir 90 peratus ladang ternakan terbabit,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI