fbpx

Yarmolenko inspirasi Ukraine raih kemenangan pertama, Macedonia Utara akur dua kali rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Ukraine, Andriy Yarmolenko (kanan) meraikan jaringan pertamanya ketika membantu Ukraine menewaskan Macedonia 2-1 pada saingan Kumpulan C, Euro 2020 di Arena Nasional, Bucharest sebentar tadi. - AFP

BUCHAREST, Romania – Penyerang sensasi Ukraine, Andriy Yarmolenko mempamerkan aksi cemerlang dalam kempen Euro 2020 apabila membantu skuad bimbingan Andriy Shevchenko menewaskan pasukan Macedonia Utara 2-1 di Arena Nasional sebentar tadi.

Yarmolenko dan rakan sepasukan, Roman Yaremchuk masing-masing meledak satu gol pada perlawanan kedua Kumpulan C sekali gus memberi harapan buat Ukraine untuk mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Pada aksi tersebut, Yarmolenko yang juga penyerang West Ham United dianggap pemain terbaik Ukraine setakat ini selepas menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-29 sebelum merancang gol kedua Ukraine apabila Yaremchuk bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukannya itu.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Macedonia Utara terus meningkatkan tempo permainan sebelum Ezgjan Alioski berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-57 menerusi rembatan susulan selepas sepakan penaltinya ditampan penjaga gol Ukraine, Heorhiy Bushchan.

Ketika Macedonia rancak memburu gol penyamaan, pemain tengah Ukraine, Ruslan Malinovskyi dilihat mampu menghasil go ketiga buat pasukannya, namun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun terus melancarkan serangan pada minit terakhir perlawanan namun kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel tamat perlawanan dibunyikan.

Hasil kemenangan pertama Ukraine itu, anak-anak buah Andriy Shevchenko kini meraih tiga mata dalam Kumpulan C. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI