fbpx

Turki hampir pasti pulang awal selepas tewas dua aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TURKI gagal meraih sebarang mata apabila tewas dalam dua perlawanan termasuk tumbang di tangan Wales 0-2 awal pagi semalam. – AFP

BAKU – Turki dilihat semakin hampir untuk tersingkir daripada saingan Euro 2020 selepas tewas 0-2 kepada Wales pada aksi Kumpulan A di Stadium Olimpik Baku awal pagi semalam.

Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Senol Gunes di kedudukan tercorot tanpa mengumpul sebarang mata selepas tewas dalam dua aksi awal pering­kat kumpulan.

Meskipun akan berdepan Switzerland pada aksi terakhir peringkat kumpulan, namun ia seolah-olah misi mustahil buat Turki apabila belum menjaringkan sebarang gol selain bolos sebanyak lima kali.

“Saya tidak pasti sama ada kami sempat pulih ataupun tidak daripada kekalahan pertama (menentang Itali) sebelum ini. Kami seolah-olah gagal untuk lupakan kekalahan kepada Itali.

“Bagaimanapun, kami bermain baik pada separuh masa kedua, namun kesilapan individu tetap berulang dan ia digunakan sebaiknya oleh Wales untuk menjaringkan gol,” kata Gunes.

Tambah beliau, aksi Turki pada Euro kali ini serba tidak menjadi apabila banyak melakukan kesilapan mudah, namun Gunes bertanggungjawab atas aksi hambar yang ditampilkan.

“Walaupun kami banyak lakukan kesilapan individu tetapi saya tidak mahu letakkan ke­salahan itu 100 peratus ke atas pemain. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas prestasi pasukan yang gagal memberikan aksi terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI