fbpx

Total lockdown tidak jejas operasi MSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MSM menjangkakan pembukaan ekonomi secara beransur-ansur bakal meningkatkan jualan berasaskan gula pada masa depan.

PETALING JAYA – Insiden tindakan bintang bola sepak Portugal, Cristiana Ronaldo yang mengalihkan botol Coca-cola pada sidang media kejohanan Euro 2020 baru baru ini dan menyarankan supaya minum air kosong tidak memberi impak kepada MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) secara langsung.

Mengakui bahawa Coca-cola adalah pelanggan MSM tetapi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, usaha Kumpulan yang sentiasa mempelbagaikan pelanggan dan tidak bergantung kepada satu-satu syarikat adalah pendekatan

Kumpulan untuk mengukuhkan pertumbuhan Kumpulan dalam jangka masa panjang.

Tindakan Ronaldo itu dilaporkan telah mengakibatkan nilai pasaran Coca-Cola jatuh seba­nyak AS$4 bilion (RM16.4 bilion) apabila harga saham­nya merudum kepada AS$55.2 (RM227.39) seunit berbanding AS$56.10 (RM231) seunit.

“Selain minuman, kami turut membekalkan kepada sektor makanan dan secara keseluruhan, ia tidak memberi impak signifikan merentas pelbagai industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan secara maya selepas Mesyuarat Agung Tahunan MSM ke-10, yang turut berlangsung semalam.

MSM merupakan pengeluar gula bertapis nasional terkemuka, dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 2.05 juta tan.

Syed Feizal menasihati semua pihak agar mengamal cara hidup sihat dengan mengawal kadar pe­ngambilan gula masing-masing.

Selain itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan penutupan penuh atau total lockdown juga tidak memberi kesan yang besar kepada operasi Kumpulan.

“Dalam tempoh lockdown ini, kadar pengambilan gula dilihat kekal stabil, namun jelas berkurangan berbanding tahap sebelum pandemik.

“Ketika kadar vaksinasi di Malaysia yang semakin me­ningkat, kami percaya perniagaan MSM akan terus bertambah baik, tambahan pula Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan telah menetapkan pembukaan kembali ekonomi secara beransur-ansur.

“Pembukaan lebih banyak aktiviti dan perkumpulan sosial sudah pasti akan meningkatkan pengambilan pelbagai produk dan barangan, gula tidak terke­cuali,” katanya.

Mengenai operasi MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn. Bhd. (MSM Johor), Syed Feizal menerangkan, ia akan dioptimumkan sepenuhnya untuk menampung permintaan bagi pasaran tempatan dan eksport.

“Dengan penambahan kapasiti untuk menghasilkan produk tokokan nilai seperti gula cair, pracampuran dan sirap, MSM Johor telah meluaskan pasaran eksportnya dengan berkembang ke pasaran serantau seperti China, Indonesia, Vietnam dan New Zealand,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI