fbpx

Terperangkap dalam timbunan sampah dikumpul dalam flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbunan sampah di dalam sebuah unit di Apartmen Bukit Saujana di George Town menyebabkan seorang lelaki warga emas terperangkap.

GEORGE TOWN – Tindakan seorang lelaki warga emas yang gemar mengumpul sampah di dalam rumahnya di Apartmen Bukit Saujana, Paya Terubong di sini hampir memakan diri apabila dia dilaporkan terperangkap di dalam timbunan itu semalam.

Difahamkan lelaki berusia 70 tahun itu mengumpul sampah dan barang terpakai berkenaan di dalam rumah yang didiaminya bersendirian sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Kejadian itu disedari kira-kira pukul 8 malam oleh anak mangsa yang menyedari bapanya terperangkap di dalam rumahnya di tingkat 12 selepas dia gagal keluar.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd. Sarmizi Jusoh, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati rumah berkenaan dilitupi sepenuhnya oleh timbunan sampah sehingga pintu tidak boleh dibuka.

“Bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 50 minit bagi membawa mangsa keluar dengan memotong jeriji besi menggunakan peralatan khas.

“Mangsa dikatakan tinggal seorang diri dan sudah lama tidak keluar dari rumahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI