fbpx

Wanita Orang Asli dicekup edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang wanita Orang Asli dan suaminya dicekup selepas dipercayai mengedar dadah jenis syabu di dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Laksamana, di sini kelmarin.

Pasangan berusia 28 dan 29 tahun itu diberkas pada pukul 11 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Timbalan Ketua JSJN negeri, Deputi Superintendan Mohd. Akmal Abdullah berkata, ketika serbuan, kedua-dua suspek didapati sedang khayal menghisap dadah.

Katanya, pemeriksaan lanjut di premis juga menjumpai satu peket dadah dipercayai syabu seberat 51 gram bernilai RM5,000.

“Siasatan awal mendapati, wanita Orang Asli terbabit menjalankan kegiatan mengedar dadah jenis syabu bersama suaminya warga Indonesia di kawasan sekitar Tengkera.

“Hasil semakan mendapati suspek wanita yang tidak bekerja itu juga mempunyai satu rekod lampau atas kesalahan memiliki dadah dan pasangan itu mempunyai tiga anak berusia dua hingga tujuh tahun, namun kanak-kanak itu dijaga oleh adik suspek wanita di Muar, Johor ,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI