fbpx

Pembaikan menara komunikasi Ladang Sibol B giat dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi Ladang Sibol B, Kota Tinggi, Johor melaksanakan kerja baik pulih segera bagi memulihkan rangkaian komunikasi terjejas.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pembaikan itu dibuat berikutan insiden kebakaran menyebabkan menara komunikasi milik Maxis yang dikongsi bersama Celcom rosak.

“Punca kebakaran di menara komunikasi itu bagaimanapun belum diketahui dan sedang dalam siasatan. Kejadian kebakaran tersebut memusnahkan peralatan, bahagian kabin dan bekalan elektrik menara itu.

“Ekoran daripada insiden itu, perkhidmatan telekomunikasi terjejas serta gangguan liputan dijangka berlarutan untuk tempoh beberapa hari akan datang,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, sebagai langkah sementara, Mobile Communications Vehicle (MCV) dan Base Transceiver Station (BTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya.

“Adalah dijangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya pada hari Selasa depan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI