fbpx

Pelacur asing sasar VIP diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan berasingan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan wanita warga asing yang menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini semalam.

Difahamkan, wanita terbabit menyasarkan golongan VIP dan mengenakan bayaran sehingga RM1,000 bagi setiap jam perkhidmatan mereka.

Kesemua tangkapan dipercayai tidak terlibat dalam sindiket dan bergerak secara bersendirian. Mereka juga menawarkan perkhidmatan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Uzbekistan (2), Filipina (2), Belarus, Rusia, Iran dan Ukraine.

“Kesemua tangkapan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran itu berusia dalam lingkungan 21 hingga 38 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kesemua tangkapan mampu meraih pendapatan harian antara RM3,000 hingga RM6,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis turut merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk kegiatan tidak bermoral tersebut.

“Kita telah merampas 26 keping kondom, minyak pelincir (5), telefon bimbit pelbagai jenama (13), alat mainan seks (5) dan kad akses (7).

“Kita juga merampas wang tunai ringgit dan asing bernilai lebih RM31,000. Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI