fbpx

Nenek Elfira Loy meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA berkongsi berita sedih apabila kehilangan nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad (dua dari kiri).

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy berkongsi kedukaan apabila nenek kesayangannya menghembuskan nafas terakhir.

Berita sedih berkenaan dikongsikan Elfira, 27, menerusi hantaran terkini dalam Instagramnya dengan berkongsi sekeping gambar menunjukkan pusara arwah neneknya dari kejauhan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, Elfira tidak berkongsi lanjut tentang waktu, punca kematian dan lokasi neneknya dikebumikan.

PERKONGSIAN Instagram Elfira yang berduka atas kehilangan nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad.

 

Pada kapsyen yang sama, pelakon drama Di Sebalik Kasyafmu itu menitipkan kata-kata terakhir buat nenek kesayangannya.

“Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira minta pada Allah supaya atok tenang di sana, hiasi kubur seperti di taman syurga.

“Fira minta atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka duduk seorang kan. Fira ada di sini. Solat, doa dan sedekah untuk atok. Al-fatihah atok, Siti Rokiyah Saad,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Elfira pernah berkongsi neneknya dijangkiti Covid-19 pada 8 Jun lalu dan menerima rawatan serta menjalani kuarantin di sebuah hospital.

Neneknya yang baru sahaja menjalani pembedahan kencing manis tidak mengalami simptom teruk pada ketika itu melainkan cuma demam biasa. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI