fbpx

Musa’adah 3.0 bantu lunaskan yuran pengajian 135 pelajar Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seramai 135 pelajar warga Palestin yang menyambung pelajaran di 21 universiti awam dan swasta di negara ini akan dibantu dari segi yuran pengajian dan kebajikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya mendapati ada pelajar Palestin di negara ini berdepan masalah untuk membiayai kos pengajian masing-masing.

Beliau berkata, kegagalan membayar baki yuran pengajian akan menyebabkan mereka tidak boleh mendaftar bagi semester hadapan.

“Hasil bancian, seramai 135 orang pelajar warganegara Palestin yang sedang menyambung pengajian di 21 universiti di Malaysia, memerlukan bantuan membiayai yuran pengajian dengan kos keseluruhan berjumlah RM451,402.91.

“Kami akan membantu membiayai yuran pengajian mereka sebagai tanda solidariti menerusi Program Musa’adah 3.0,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, pada 1 Jun lalu, beliau telah melancarkan Program Musa’adah 3.0 dengan kelompok sasar baharu itu adalah rakyat Palestin termasuklah yang berada di Malaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI