fbpx

Lelaki bersenjata pisau samun kedai runcit diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) menyamun wang tunai RM600 dari sebuah kedai runcit di Jalan Bohor Tempoyak pada petang semalam.

LANGKAWI – Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai menyamun sebuah kedai runcit dengan senjata pisau di Jalan Bohor Tempoyak di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, suspek yang memakai topi keledar memasuki premis tersebut dan dilihat berlegar-legar sebelum menghampiri kaunter bayaran.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki itu mengacukan pisau ke arah juruwang dan mengarahkan supaya menyerahkan wang.

“Suspek segera beredar selepas memperoleh wang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, kedai runcit tersebut mengalami kerugian RM600. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI