fbpx

Jangan jadi penipu kononnya kaya – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN RAHIM

PETALING JAYA – Berkongsi video kemeriahan keluarganya yang ‘gila-gila’ di laman Instagram, pelakon Reen Rahim mengakui dia sangat bangga dengan kedua-dua orang tuanya walaupun kehidupan mereka serba sederhana.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, berkata, sejak dari kecil, dia tidak kisah jika dihantar ba­panya ke sekolah menaiki motosikal dan van buruk biarpun rakan-rakannya dengan kereta mewah.

“Sumpah dari sekolah saya tidak pernah kisah baba (ayah) hantar dan ambil saya balik sekolah walaupun naik van ‘tin biskut’ dan dalam keadaan comot.

“Saya bangga walaupun orang lain mak ayah kaya-kaya, mewah-mewah dengan kereta datang ambil anak-anak,” kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

Menerusi hantaran itu, Reen turut meninggalkan nasihat kepada peminatnya supaya tidak terpedaya dengan kehidupan di dunia yang penuh dengan penipuan.

Malah, dia turut berpesan supaya pengikutnya sedar tentang kemampuan keluarga masing-masing dan tidak ‘berlakon’ untuk menjadi orang kaya.

“Ukur baju di ba­dan sendiri. Jangan jadi penipu konon-konon kaya tapi hakikatnya tiada apa-apa.

“Allah S.W.T uji mereka untuk hidup tahap itu sahaja.

“Tidak mengapa. Tanam da­lam hati, suatu hari nanti saya akan bagi apa yang saya nak pada mereka (ibu bapa), biar mereka bangga dengan kita,” luah Reen.

Sementara itu, Reen turut memberitahu, dia akan menjaga kedua-dua orang tuanya se­perti mana dia dijaga mereka sejak kecil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI