fbpx

Jaminan tiada lambakan durian, harga berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjual durian, Mohamat Muhaiyuddin menunjukkan buah-buah durian yang mula dijual secara bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda di pekan Selama. Foto oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Perancangan telah diatur bagi memastikan tidak berlakunya lambakan buah durian pada musim kali ini yang bakal tiba dua minggu lagi termasuk jaminan harga yang berpatutan kepada pekebun, penjual dan juga pembeli.

Ini kerana kerajaan negeri sudah berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian bagi membantu pekebun jika berlakunya lambakan raja buah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Perak, Razman Zakaria berkata, melalui perbincangan itu kerajaan negeri akan memberikan peruntukan kepada agensi terbabit untuk membeli buah-buahan daripada pekebun.

Menurut beliau, buah-buahan yang dibeli itu akan dipasarkan secara kekal di beberapa kawasan seperti di RTC Gopeng, Manjung dan Kuala Kangsar.

“Kita mahu membantu pekebun dengan membuat jualan secara terus kepada pembeli jika berlaku lambakan buah durian pada musim ini untuk mengelak pekebun mengalami kerugian.

“Beberapa kawasan seperti di Batu Kurau dan Selama, buah durian mula gugur sejak minggu lalu dan akan bertambah dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan keperluan makanan secara pandu lalu kepada penduduk di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI