fbpx

Itali pasukan pertama layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOCATELLI (tengah) berjaya meledak dua gol ketika Itali membenam cabaran Switzerland pada aksi kedua Kumpulan A awal pagi semalam. – AFP

ROME – Pengendali Itali, Ro­berto Mancini menegaskan Itali mampu menjulang kejuaraan Euro 2020 selepas kejayaan me­nundukkan Switzerland 3-0 sekali gus menjadi pasukan pertama mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Mancini memuji anak-anak buah­nya selepas mempamerkan aksi permainan yang cukup sempurna meski­pun Switzerland memberi cabaran sengit kepada skuad The Azzurri, namun dua gol menerusi Manuel Locatelli serta satu gol hasil ledakan Ciro Immobile memberi tiga mata berharga dalam aksi Kumpulan A.

“Dalam Kejuaraan Eropah terdapat Perancis, Portugal dan Belgium. Salah satunya adalah juara dunia dan selebihnya gergasi Eropah.

“Pasukan tersebut telah ditubuhkan bertahun lamanya dan sudah pasti mereka adalah pa­sukan pilihan untuk menjuarai saingan ini. Tetapi, dalam bola sepak segalanya boleh berlaku dan anda tidak boleh meramalkannya.

“Setiap perlawanan sukar dan anda perlu pergi ke sana untuk berjuang mencari kemenangan. Saya bernasib baik kerana mempunyai beberapa pemain yang sangat baik dan mereka juga suka mengambil risiko.

“Pemain paling layak untuk mendapat pujian dan saya hanya merancang perjalanan pasukan ini. Apa pun, perjalanan pasukan kami masih lagi panjang, jadi saya harap mereka meneruskan permainan terbaik seperti ini hingga ke final,” katanya.

Dalam pada itu, Mancini turut berharap tiada kecederaan serius menimpa kaptennya, Giorgio Chiellini selepas terpaksa dike­luarkan pada babak pertama susulan kecederaan di bahagian paha dan mampu diturunkan pada aksi berikutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI