PUTRAJAYA – Hampir 91 peratus atau 150,934 petugas barisan hadapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima suntikan dos pertama Covid-19 sehingga 16 Jun lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia melibatkan 108,595 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Imigresen (11,738); Jabatan Penjara (15,411); Jabatan Sukarelawan Malaysia (11,328) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (3,862).
Katanya, daripada jumlah itu, 80 peratus atau 133,781 orang daripada petugas barisan hadapan di bawah KDN telah melengkapkan suntikan dos kedua.
“Secara keseluruhannya kira-kira 30,000 petugas barisan hadapan KDN yang belum mendapat dos kedua,” katanya pada sidang sidang akhbar khas berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Putrajaya, hari ini. -K! ONLINE