fbpx

Bekalan sayur dari Cameron Highlands beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil  langkah segera untuk memastikan pengurusan tanaman ladang serta proses membawa keluar hasil pertanian dari Cameron Highlands dapat berjalan seperti biasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum hanya 30 hingga 40 peratus bekalan sayur Cameron Highlands datang daripada ladang-ladang di Kampung Raja yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Kenyataan itu berkata, peratusan itu tidak akan menjejaskan rantaian bekalan sayur di pasaran secara keseluruhan memandangkan semua kawasan tanaman sayur selain Kampung Raja di Cameron Highlands beroperasi seperti biasa.

Katanya, pada masa sama, ladang sayur di kawasan Lojing dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa isu pengangkutan dan pengedaran.

“Polis Diraja Malaysia juga telah memaklumkan pergerakan lori-lori untuk membawa keluar sayur dari Cameron Highlands adalah dibenarkan,” katanya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI