PUTRAJAYA – Kes harian negara kembali melaporkan pada angka melebihi 6,000 dengan 6,440 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 685,204 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,095 kes diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 870 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 816 kes.
“Seterusnya Johor (592 kes), Sarawak (536 kes), Perak (357 kes), Melaka (223 kes), Kelantan (200 kes), Sabah (199 kes), Kedah (159 kes), Labuan (152 kes) dan Pulau Pinang (122 kes).
“Pahang (79 kes), Terengganu (32 kes), Putrajaya (enam kes) dan Perlis (dua kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE