fbpx

2,178 botol cecair vape ditinggal dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap cecair vape yang dirampas di pangkalan haram Magribi, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Sebanyak 2,178 botol cecair vape bernilai RM32,670 yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran ditemui di kawasan semak berhampiran pangkalan haram Magribi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan barangan tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Bakong di sini telah bergegas ke lokasi tersebut untuk membuat pemeriksaan.

“Berdasarkan pemeriksaan lanjut, polis menjumpai kotak-kotak yang dipercayai mengandungi cecair vape. Selepas 20 minit membuat pemerhatian, polis mendapati tiada individu yang datang untuk mengambil barangan tersebut.

“Kesemua barangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bakong untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI