BRASILIA, BRAZIL – Seorang wanita dengan punggung terbesar di Brazil membeli insurans untuk anggota badannya itu pada harga lebih £280,815 (RM1.6 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.
Vanessa Ataides, yang memiliki punggung berukuran 126 sentimeter (sm) itu merupakan pemegang rekod kedua di dunia di belakang seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) dengan punggung bersaiz 2.4 meter.
“Saya menjadi popular disebabkan punggung ini. Ia adalah yang terbesar di Brazil.
“Jadi, adalah lebih baik jika saya melindunginya dengan insurans,” ujarnya.
Tambah model kecergasan itu, dia mempunyai pasukan jurulatihnya tersendiri yang memberi fokus kepada bahagian punggungnya.
“Setiap hari, saya bangundari tidur pada pukul empat pagi untuk bersenam.
“Sasaran jangka pendek saya adalah untuk mendapatkan punggung yang bersaiz 130 sm,” katanya.
Selain mempunyai jadual senaman yang ketat, Ataides turut memakan enam sajian berprotein sehari untuk membina otot.
“Saya mempunyai diet terancang, terutama bagi membesarkan punggung ini supaya ia boleh menjadi yang terbesar di dunia,” katanya. – AGENSI