fbpx

Utamakan isu negara, rakyat sejurus Parlimen bersidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang membincangkan isu berkaitan isu negara dan rakyat sebagai keutamaan sejurus persidangan Parlimen dibuka semula dalam tempoh terdekat.

Bung Moktar berkata, semua pihak perlu melupakan masalah perebutan kuasa dan politik demi memastikan persidangan Parlimen dapat dilaksanakan sebaiknya agar negara dapat keluar daripada kemelut ekonomi mahupun kesihatan awam.

“Hal ini juga sebagai tanda terima kasih ke atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Saya turut menyanjung tinggi kebijaksanaan baginda sebagai ketua negara yang meletakkan sistem demokrasi berparlimen pada tahap tinggi.

“Keputusan ini membuktikan tuanku mengutamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan yang selari dengan hasrat memelihara peranan semak dan imbang yang dimainkan ahli yang berhormat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah melalui kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin semalam menzahirkan pandangan agar Parlimen bersidang secepat mungkin untuk membolehkan pelan pemulihan dan ordinan darurat dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berharap semua Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang dapat mengambil peluang itu sebaik mungkin bagi membincangkan masalah negara secara serius.

Menurut beliau, ia adalah peluang untuk semua Ahli Parimen mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat di peringkat akar umbi yang ketika ini berdepan susana getir masalah penularan Covid-19 serta ekonomi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI