fbpx

Umie Aida hulur bantuan kepada 300 pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMIE dan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia selamat mengagihkan sumbangan keperluan bahan asas kepada pemandu teksi.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pemandu teksi di sekitar ibu kota, pelakon versatil Datin Paduka Umie Aida dan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia tampil menghulurkan bantuan dalam usaha meringankan beban golongan itu.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali meluahkan rasa syukur apabila sumbangan kecilnya itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulilah 300 pemandu teksi telah menerima sedikit barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak dan roti prata.

“Pendapatan mereka sehari paling tinggi 20 ringgit. Lets malaysian (jom rakyat Malaysia), sama-sama kita berganding bahu hulurkan bantuan. Boleh terus hulurkan bantuan ke akaun RHB 21233000012249,” tulisnya.

Pada hantaran sama, aktres filem Dukun itu turut menitipkan penghargaan dan terima kepada orang ramai yang sama-sama menderma kepada golongan yang memerlukan.

Terdahulu, pada awal Jun, Umie mengambil inisiatif peribadi menghulurkan sumbangan bernilai RM50 kepada 200 individu yang terjejas akibat Covid-1 membeli barangan keperluan asas bagi fasa pertama. Untuk fasa kedua, dia akan mensasarkan penerima sumbangan daripada golongan industri kreatif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI