fbpx

TNB utamakan kestabilan bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TNB memberi tumpuan terhadap usaha memastikan bekalan elektrik di PSV dan PPV di seluruh negara kekal stabil.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menyatakan komitmen untuk membantu u­saha kerajaan dalam menangani impak pandemik dan menyokong strategi peralihan keluar yang diumumkan Perdana Menteri di bawah Pelan Pemulihan Negara kelmarin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, keutamaan TNB menjurus kepada empat aspek iaitu menyelamatkan nyawa, melindungi golongan rentan, ­menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan memacu pemulihan ekonomi.

“Sebagai syarikat utiliti elektrik negara, kami mengutamakan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada hospital, pusat simpanan vaksin (PSV) dan pusat pemberian vaksin (PPV), serta pos kawalan sementara bagi anggota polis dan tentera.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020, TNB telah menyumbang lebih RM33 juta bagi tujuan ini dan tumpuan diberikan bagi memastikan bekalan elektrik di lebih 40 PSV dan lebih 400 PPV kekal stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut Baharin, TNB akan memperluaskan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial dan usaha sukarela warga kerjanya terma­suk program potongan gaji secara sukarela.

Sejak Januari 2021, TNB memperuntukkan hampir RM9.5 juta untuk bantuan kepada lebih 10,000 keluarga yang terjejas akibat pandemik dan akan terus menghulurkan bantuan di lokasi syarikat beroperasi di seluruh negara.

Tambah beliau, pelan bayaran mudah sedia ada TNB yang memanfaatkan hampir tujuh juta pe­langgan domestik telah dilanjutkan sehingga akhir tahun, manakala pemotongan bekalan ditangguh sehingga hujung bulan ini.

Selain itu, diskaun 10 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 11,500 pelangan dari enam sektor terpilih di bawah pakej Pemerkasa telah dilanjutkan sehingga akhir September.

“Kami juga berperanan pen­ting dalam menyokong pemulihan ekonomi Malaysia dan hal ini akan menjadi lebih ketara dalam fasa-fasa akhir Pelan Pemulihan Negara.

“Ia merangkumi pelaburan perbelanjaan modal yang sedang giat dilaksanakan untuk memo­denkan dan menambah baik grid nasional, disokong program pembangunan vendor serta inisiatif latihan kemahiran semula bagi menyokong pewujudan peluang pekerjaan baharu dalam industri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI