fbpx

Titah Agong selari hasrat kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di PPV PIKAS di Jawi, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin adalah selari dengan hasrat Kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beberapa tindakan yang diambil kerajaan dalam tempoh setahun lalu adalah berlandaskan lunas perlembagaan negara dan undang-undang.

Beliau berkata, dalam konteks sidang Parlimen, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis pada beberapa hari lalu telah menyatakan bahawa Parlimen akan bersidang mengikut peruntukan undang-undang.

“Perdana Menteri bertindak mengikut peruntukan perlembagaan dan standing order dalam Parlimen serta mengikut masa yang bersesuaian untuk mengadakan persidangan.

“Bagi saya, titah Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen dalam masa yang sesuai supaya proses demokrasi ini akan terus disuburkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 bagi petugas sektor ekonomi di Jawi, Nibong Tebal di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah semalam menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI