fbpx

Tak desak orang cucuk vaksin tapi MK daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK dah daftar vaksin tapi masih menunggu tarikh temujanji. Katanya, dia tetap hormat antivaksin mungkin mereka ada sebab mengapa dan bagaimana.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, MK tetap menghormati prinsip golongan antivaksin walaupun dia sendiri percayakan keberkesanan pengambilan vaksin Covid-19.

Kata MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amri Hamdan, 25, dia bersikap terbuka dan bebas (berkecuali) dengan keputusan mana-mana individu berhubung pengambilan mahupun penolakan vaksin Covid-19.

“Secara peribadi, saya tak memihak kepada mana-mana pihak. Saya bersikap terbuka dan ya, saya dah pun daftar untuk mendapatkan suntikan vaksin cuma belum dapat slot.

“Saya tak desak orang untuk ambil (vaksin) dan tak desak orang untuk tidak ambil. Semua orang ada keputusan masing-masing. Untuk MK, saya pilih yang terbaik dengan mendaftarkan diri untuk dapatkan suntikan vaksin,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Kata anggota kumpulan hip hop, K-Clique itu lagi, keputusan untuk sama ada mendapatkan vaksin atau sebaliknya tidak sepatutnya dipengaruhi orang lain.

“Terpulang kepada individu untuk ambil atau tidak (vaksin). Tidak perlu ada desakan atau pengaruh daripada mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, sahabat sekumpulannya yang juga penyanyi rap wanita, Loca pul tidak sabar untuk mendapatkan suntikan vaksin namun sehingga kini masih belum mendapat slot atau tarikh  janji temu.

“Saya dan suami (Tuju) dah daftar tapi sekarang cuma Tuju yang dah dapat temujanji.

“Covid-19 masih tiada ubat. Vaksin adalah perkara paling dekat yang boleh membantu mengelak kita semua daripada jatuh sakit. Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita perlu pentingkan kesihatan orang sekeliling sebab Covid-19 masih tiada ubat,” kata Loca atau nama lengkapnya, Nabilah Hani Azali.

MK, Tuju, Loca dan DJ Cza kini bergabung menerusi satu antem baharu yang diberi judul Veto. Karya edaran Universal Music Malaysia itu sudah mula berada di platform muzik digital sejak seminggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI