fbpx

Skuad Harimau Malaya pulang ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (kanan) gembira Harimau Malaya menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut di pentas antarabangsa dengan menewaskan Thailand 1-0 di Stadium Al Maktoum, Dubai awal pagi semalam. – NASIRRUDDIN YAZID/FAM

KEJAYAAN Malaysia layak secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pastinya meredakan sedikit tekanan dihadapi ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Ia susulan kenyataan pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang baru-baru ini menawarkan diri mahu me­nguruskan pasukan kebangsaan dengan membawa masuk barisan kejurulatihan terbaik demi masa depan Harimau Malaya.

Begitupun, Cheng Hoe kekal tenang berdepan spekulasi itu dan masih berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila memastikan kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada aksi tera­khir Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai awal pagi semalam.

“Apa-apa pun, saya tunggu pengurusan tertinggi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk memberi keputusan. Saya terima sahaja segala keputusan.

“Namun, kita ada satu lagi sasaran utama buat pasukan kebangsaan iaitu Kelayakan ­Piala Asia 2023. Kita akan duduk berbincang mengenai peranca­ngan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Cheng Hoe, 53, gagal mencapai matlamat melangkah ke pusi­ngan seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2022 selepas Harimau Malaya menamatkan kempen Kumpulan G di kedudukan ketiga iaitu di belakang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Bagaimanapun, pengendali dari Alor Setar, Kedah itu ­menganggap kemenangan ke atas Thailand amat bermakna kerana ia membolehkan Harimau Malaya mengelak pusingan playoff dan layak secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

“Ia memberi kelegaan kepada pasukan dan pemain yang ­mahukan kemenangan selepas empat kekalahan berturut-turut termasuk dua aksi persahabatan.

“Kita perlu lebih bersedia dan tingkatkan prestasi individu serta pasukan. Kita harap lapan perlawanan (Kelayakan Piala Dunia 2022) ini menjadi tanda aras supaya kita bermain lebih baik nanti,” jelasnya.

Harimau Malaya dijangka me­lakukan dua kem latihan pusat pada September dan November nanti sebagai persediaan awal sebelum menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang mungkin bermula Februari tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI