fbpx

Sasar 10 skim strata untuk diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jayanthi (kanan) bersama Unit Penguatkuasaan KPKT ketika membuat pemeriksaan ke sebuah kondominium, di Kelana Jaya.

PETALING JAYA – Operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (OPS PKP) 3.0 mensasarkan sebanyak 10 skim strata yang telah disenaraikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk dilawat dan diperiksa.

Pengarah Unit Pesuruhjaya Bangunan, MBPJ, K Jayanthi berkata, operasi itu akan diperluaskan ke seluruh skim strata melibatkan 1,264 skim pemajuan di daerah ini yang diuruskan sama ada oleh pemaju, badan pengurusan bersama (JMB) atau ejen pengurusan.

Menurutnya, operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Tujuan utamanya bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam pengoperasian pengurusan dan penyelengaraan bangunan berstrata dan komuniti strata di daerah ini mematuhi SOP am PKP dan SOP Sektor Pengurusan Strata yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah penularan Covid-19.

“Menerusi operasi tersebut, pihak majlis akan membuat semakan ke atas surat kelulusan beroperasi syarikat dan senarai pekerja yang telah diluluskan oleh kementerian berkaitan bagi memastikan tidak berlaku penyalahgunaan atau pemalsuan dokumen,” ujarnya kepada pemberita di lokasi hari ini.

Terdahulu, MBPJ bersama KPKT telah membuat pemeriksaan melalui OPS PKP di pejabat pengurusan tiga kondominium di Kelana Jaya, di sini bermula pukul 9 hingga 1 tengah hari.

Mengulas hasil pemeriksaan, jelas beliau, rata-rata pihak pengurusan masih keliru dengan arahan pihak berkuasa seperti perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI