fbpx

Rokok seludup bernilai RM2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shoppri (kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Changkat, Nibong Tebal kelmarin.

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang merampas 280 kotak rokok seludup disyaki tidak dibayar cukai bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Changkat, Nibong Tebal dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun Op Kontraban yang dilakukan kira-kira pukul 7.30 malam itu tidak membabitkan sebarang tangkapan.

Pemangku Komander PPM, Superintendan Shoppri Saad berkata, serbuan itu berdepan halangan apabila pihaknya diekori beberapa buah kenderaan disyaki tonto.

“Setibanya di kawasan gudang, terdapat sebuah kereta telah menyedari kehadiran PPM sebelum memecut laju meninggalkan kawasan itu dan tidak dapat dikesan.

“Pemeriksaan di dalam gudang tersebut kemudiannya menemui 280 kotak rokok seludup pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai bernilai RM2.046 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kesemua rokok berkenaan diseludup dari negara jiran, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan.

Shoppri berkata, kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI