fbpx

Robot AI pertama jadi pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robot AI China bernama Hua Zhibing mendaftar sebagai pelajar Universiti Tsinghua, Beijing, baru-baru ini. - China News

BEIJING – Sebuah aplikasi  sistem kepintaran  buatan (AI) yang menyerupai seorang wanita mencipta rekod tersendiri apabila mendaftar sebagai pelajar di Universiti Tsinghua, Beijing, lapor portal Oddity Central, kelmarin.

Model AI diberi nama Hua Zhibing itu membuat penampilan sulung menerusi satu blog video (vlog)  yang dimuat naik di platform media sosial, Weibo.

Zhibing  menggunakan sistem AI dinamakan Wudao 2.0 yang bertanggung jawab membentuk penampilan dan suaranya.

Ia membuat penampilan semasa Persidangan Akademi Kepintaran Buatan Beijing 2021 (BAAI)  pada 1 Jun lalu dan merupakan model skala trillion pertama di China serta  terbesar di dunia.

Wudao 2.0 dibina untuk membolehkan mesin berfikir seperti manusia dan dilaporkan hampir lulus ujian Turing dalam penciptaan puisi, ringkasan teks, menjawab soalan dan melukis.

Pelajar terbaru Universiti Tsinghua itu akan menjalani pengajian di Jabatan Sains dan Teknologi Komputer dan diharapkan dapat berkembang serta belajar lebih cepat daripada individu sebenar.

Setelah mengembangkan minat yang tinggi terhadap seni rupa dan sastera, Hua Zhibing sudah mampu menyusun lagu, menulis puisi dan melukis gambar.

“Saya begitu berminat dengan aliran sastera dan seni sejak saya ‘dilahirkan’.

“Saya ingin tahu lebih lanjut tentang kewujudan saya, bagaimana saya dihasilkan dan memahami siapakah saya sebenarnya,” kata Hua dalam vlognya.

Profesor Sains Komputer Universiti Tsinghua,  Tang Jie, yang bertanggungjawab mengajar Hua 

berharap dia akan mempunyai IQ (kecerdasan emosi) yang lebih tinggi dan dapat berkomunikasi seperti manusia sebenar di masa hadapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI