PUTRAJAYA – Penetapan markah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 telah dilakukan dengan penuh integriti dan profesional.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, mustahil permarkahan itu boleh dipinda.
“Kita telah melaksanakannya dengan penuh integriti dan profesional yang sangat tinggi dan sebaik mungkin.
“Jika ada pindaan sudah pasti pemeriksa akan dapat tahu sebab markah telah dikunci dalam sistem,” katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini. – K! ONLINE